Saturday, October 9, 2010

Miss ????




Rindu merupakan perasaan yang sering melandai setiap manusia. Tipulah jika seseorang itu tidak pernah rindu kepada seseorang. Rindu membuatkan seseorang itu merasa dirinya didalam suatu perasaan yang tak dapat digambarkan seperti keadaan yang melanda diri aku. Memang memeritkan bila perasaan ini mula bermain dijiwa aku yang kosong ini. Mungkin orang akan menganggap aku hanya berpura-pura. Tapi aku tak kisah semua itu, kerana aku adalah aku, dan mereka adalah mereka. Peduli apa aku pada mereka, lagipun setiap manusia itu bukan sama sikap mereka, mungkin itu pandangan mereka dan aku mungkin boleh menerima pandangan mereka itu.

Sesungguhnya rindu ini mengajar aku erti kesabaran. Pengalaman ini menjadikan aku lebih seronok untuk aku menjalani hidup yang ditentukan oleh ciptaan yang maha berkuasa. Melalui rindu jualah aku mula mengenal diri aku yang sebenarnya. Adakah perkara ini telah ditentukan oleh seseorang ataupun.......?????







No comments:

Post a Comment