Wednesday, November 17, 2010

Dugaan-Nya

Seteruk mane pun hidup kita, kita haruslah melaluinya dengan pelbagai cara pun. Itulah lumrah hidup kita sebagai ketua didunia ni. Aku pun x terlepas menerima dugaan darinya. Dugaan yang aku maksudkan disini adalah penyakit aku ni. Xtaw smpai ble nk elok. Penyakit resdung. Huhuhu. 
Aku dapat penyakit ni sejak aku kecil lagi. Aku pun xtaw mcm ne aku bleh dpt penyakit ni. Semasa aku kecil aku sering diejek oleh kawan2 ku kerana apabila aku kena resdung mata aku akan menjadi kuyu seperti penghisap gam dan hidung ku akan merah seperti badut. Hahaha. Itu yang kwan2 aku selalu ckp kat aku..Aku hanya mampu tersenyum bagaikan tiada apa yang berlaku dihadapan ku. Mungkin dengan berpura2 aku mampu menghapuskan semua ejekan yang ku terima. Aku xsuka untuk bergaduh kerana hal yang remeh sebegitu. Aku selalu berfikir mungkin ada org yang lebih teruk diejek oleh kawan2 nya berbanding aku. Itulah pesan Ustaz ku yg xkan aku lupakan smpai bila2.




Memang terasa seksanya menghidapi penyakit resdung. Ku perahkan semangatku ini untuk teruskan jua perjalanan yang ku tidak tahu penghujungnya. Sekarang ni apabila aku terkena sje resdung, aku akan rase demam, walaupun aku telan bertimbun2 panadol xkan mampu mengubatinya walaupun untuk sementara waktu. Ape yang mampu ku buat hanya la rehatkan diri ataupun bahasa senang nya tido. Pernah sewaktu ketika aku berasa aku hanya mampu hidup selama beberapa minit sje kerana aku mengalami sesak nafas seperti org yang sedang nazak. Ketika itu  aku hanya mengingati Allah yang maha kuasa. Aku rasakan perkara itulah yang paling menakutkan aku didalam hidup ini. Terima kasih Allah atas kemuliaan mu ku dapat lagi menghirup udara yang engkau setiakan secara percuma kepadaku.
Mungkin ini tanda bahawa tuhan masih sayang padaku kerana memberikan tidak putus2 dugaan padaku ini. Aku juga berharap Allah mengurniakan seseorang yang mampu berkongsi dgn hidup ku ini dan mampu menerima diriku seadanya.






Jadi bersyukurlah dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah. Redha itu suatu kesyukuran.

1 comment:

  1. to paan...
    sbar k atas dugaan uh..
    jangan risau,
    ALLAh nak uji uh..

    ReplyDelete