Hello blog ku.....hahaha
Ada cerita pendek yang x beberapa dongeng tuk diceritakan.
Cerita dia bermula macam ni.
Once upon the time, terdapat sebatang lilin yang tinggal didalam sebuah kabinet yang jarang dibuka oleh tuan rumah. Lilin tinggal bersama2 dengan sekotak mancis dan sebuah pelita. Keakraban mereka membuatkan kehidupan mereka amat selesa. Ini kerana mereka telah pun mengenali hati budi masing2 sepanjang perkenalan. Selama ini ada lilin telah memendam hasrat untuk melihat api kerana seumur hidupnya dia belum pernah melihat api.
Pada suatu malam yang tenang, tiba2 kedengaran suasana riuh rendah diluar kabinet tersebut. Lilin mengintai diluar kabinet tersebut dan mendapati tuan rumah mula menghampiri kabinet yang jarang dia buka. Dengan pantas lilin mendiamkan dirinya didalam kabinet itu. Seberapa ketika, pintu kabinet dibuka dan terlihat sepasang tangan meraba2 mencari sesuatu. Tiba2 tangan tu berhenti ketika menyentuh pelita, lalu mengeluarkan pelita dari kabinet tersebut. Selang beberapa minit, ada lagi tangan yang meraba2 lalu diambil pula lilin dan mancis. Owh baru lilin faham ape yang sedang berlaku. Rupa2nya bekalan elektrik dirumah itu telah putus kerana berlaku litar pintas. Tuan rumah mahu menggunakan pelita untuk menerangi ruang tamu rumahnya buat sementara waktu. Tetapi minyak tanah tiada lalu tuan rumah menggunakan lilin untuk menerangi ruang tamunya.
Tuan rumah mula mengambil lilin dan membakarnya dengan menggunakan mancis yang berada didalam kotak mancis. Hajat lilin tercapai apabila api telah pun dinyalakan diatas kepalanya. Lilin jatuh cinta pada kecantikan si api ini apabila pertama kali melihatnya. Kerana keasyikan si lilin melihat kecantikan si api, dia tidak menyadari bahawa hidupnya akan berakhir beberapa ketika nanti. Lilin tersedar dari keasyikan itu. Sebelum lilin menjadi cair sepenuhnya, lilin telah bertanya kepada api "Api dapatkah kau mencintai aku sebagai mana aku berkorban membuat kau hidup dan adakah ketika matiku nanti kau akan mati bersamaku?" Lalu si api menjawab "Semestinya aku akan mencintaimu kerana aku hidup keranamu dan matiku apabila matinya dirimu". Setelah setengah jam berlalu,lilin sudah pun menjadi cair dan api pula padam. Lalu gelap ruang tamu tersebut.
HEHEHE...ape macam ok x cite dongeng nie??? COnfom x best arn. Sebenarnya moral of the story is kita sebagai manusia mmg mudah untuk mencintai seseorang itu tapi mampukah kita untuk mencintainya hingga akhir hayat kita dengan sekali pandangan. Mcm first love la lebih kurang.
klo btl hayati blh sdey ni...hehehehe
ReplyDelete