Saturday, January 1, 2011

Ketika dahulu

Alhamdullilah akhirnya tamat sudah tahun 2010 yang penuh suka dan duka. Sekarang bermulanya 2011 yang mencabar. Sebenarnya bkn nak cite pasal azam tahun baru o ape yg berlaku mse 2010. Aku nk mulakan tahun baru nie dengan sebuah cerita zaman 70 an yang x beberapa best. hehehe

Dahulunya tinggal seorang lelaki yang tinggal sebuah perkampungan yang dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Kehidupannya tidaklah terlalu senang bak kate pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Walaupun dia dilahirkan dlam keadaan begitu dia cekal untuk meneruskan hidupnya. Kerjanya hanyalah mengutip buah kelapa sawit dan berkebun. Hingga suatu hari itu, dia telah diajak oleh rakan2 nya untuk menjadi penyanyi sementara didalam sebuah kugiran untuk satu majlis perkahwinan. Didalam majlis perkahwinan tersebut suaranya yang merdu telah pun memikat para hadirin yang hadir pada ketika itu.
Keesokan harinya, perkara itu tersebar keseluruh pelusuk kampung. Ketika itulah, kehidupannya mula berubah sedikit demi sedikit. Setiap kali ada saja majlis perkahwinan sudah pasti kugirannya akan dijemput.  Secara langsung dia telah pun meninggalkan kerjanya sebagai pekebun dan bertukar ke arah kerjayanya sebagai penyanyi kampung. Walaupun hanya bergelar penyanyi kampung tetapi pendapatan yang dia bersama kugirannya terima lebih kurang Rm2000 seminggu.
Selain memiliki suara yang sedap, lelaki ini juga mempunyai wajah yang agak tampan. Ini menyebabkan dia mula digilai oleh gadis2 di kampung itu. Perkara ini terus tersebar ke kampung seberang tentang kemerduan suara dan ketampanan lelaki tersebut. Disebabkan popularitinya dikampung mula tersebar bagaikan cendawan baru tumbuh selepas hujan, lelaki ini sudah mula lupa pada dirinya. Dia sudah berani berpacar dengan ramai gadis2 yang mengilai dia, PLAYBOY. 
Suatu hari semasa dia hendak ke pekan menaik vespanya, dia telah terserempak dengan seorang gadis yang tinggi lampai, bertudung. Disaat itu lelaki itu telah pun jatuh cinta pandang pertama kepada gadis tersebut. Selepas kejadian itu dia mula angau seorang diri. Lalu dia mengambil keputusan untuk mencari gadis tersebut. Setelah lama mencari gadis tersebut akhirnya lelaki ini telah pun menjumpai gadis tersebut. Gadis itu tinggal di kampung seberang. Lelaki ini mula menjalankan plannya untuk menawan gadis si cantik rupawan itu. Lelaki ini menggunakan segala kudratnya untuk menawan gadis tersebut tetapi sia2. Semasa lelaki ini berputus asa dengan segala usaha untuk menawan hatinya gagal, tiba2 gadis tersebut datang kepada lelaki ini untuk meminta lelaki itu menikahinya. Lelaki itu terkejut mendengar permintaan gadis idamannya itu. Lelaki itu setuju dengan permintaan gadis itu tanpa berfikir panjang. 
Maka selepas sebulan berlalu mereka di ijad kabulkan. dengan hantaran 7 berbalas 9. Sejak mereka berkahwin, lelaki tersebut telah pun menamatkan kerjayanya sebagai seorng penyanyi kampung. Oleh kerana dia sudah menyesal atas perkara yang dilakukan olehnya pada waktu bujang.Sekarang ini cinta dan kasih sayangnya hanyalah untuk gadis yang dicintainya yang bergelar isteri. Kini dia mula bekerja sebagai seorang peladang disebuah ladang yang dimiliki oleh Sime Darby. Berkat usaha gigihnya selama 1 tahun berkhimat dalam ladang tersebut akhirnya dia telah pun dinaikkan pangkat. Semasa si suami sedang sibuk berhempas pulas mencari rezeki untuk si isteri tetapi si isteri ini telah curang terhadap suaminya. Perkara ini berlaku kerana si isteri tidak mempunyai masa yang banyak untuk isterinya. Si isteri telah banyak kali melakukan hubungan seks dengan lelaki lain, lelaki lain itu merupakan kawan baik si suami sendiri.
Semakin hari semakin kerap kawan baikya datang ke rumahnya. Dengan alasan hantar sayur- sayuran yg dikirim oleh isterinya. Akhirnya suatu hari dengan izin Allah, si suami terdetik hatinya untuk pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Sebelum ini si suami jarang pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Ini kerana rumah dia agak jauh dari tempat kerjanya. Jika si suami hendak pulang dia akan memberitahu awal2 kepada si isteri. Tetapi kali ini si suami hendak menberikan kejutan kepada isterinya dengan membeli makanan diluar untuk makan bersama2 dirumah. 
Setiba jer diluar rumah dengan menaiki vespanya, dia mendapati pintu rumahnya tertutup rapat. Fikirnya mungkin isterinya keluar beli barang di kedai berhampiran. Jd dia teruskan langkahnya menuju ke pintu hadapan. Setiba sje didepan pintu kedengaran bunyi katil didalam rumahnya bergerak. Dia agak mungkin pencuri yang sedang memecah msuk rumahnya. Dia terus teranjang pintu rumah depannya dan lari terus ke biliknya. Setibanya didalam biliknya mengucap panjang si suami bile melihat isterinya sedang disetubuhi oleh kawan baiknya. Akhirnya pecah tembelang isteri dan kawan baiknya. Keluar perlahan2 air mata jantan si suami itu, hancur luluh hatinya apabila segala kasih sayangnya dipermainkan oleh si isteri. Lalu disitu jgk si suami melafazkan cerai kepada isterinya dengan talak 3. 
Selepas penceraian tersebut kehidupan si lelaki ini berubah sama sekali. Badannya yang dahulunya berisi berubah menjadi kurus cengkung, sifat peramah yang dahulu, kini berubah menjadi pendiam. Baginya tiada lagi cinta untuk dikongsikan didalam dunia ini. Apa yang mampu dilakukannya hanyalah berdoa dan mendekatkan dirinya pada yang Maha Esa. Sesungguhnya mencintai Allah adalah segala2 nya. Oleh itu ingatlah setiap hamba yang ada didunia ini akan diuji olehnya. Itu bermaksud Allah amat menyayangi KAMU.




Thursday, December 23, 2010

Di suatu hari

Hai blogku....


Arini penat sikit coz teman adik aku amik result PMR . Kitorg gerak dlam kol 10.30. Mane xpenatnye naik bus-komuter-bus-komuter.....hahaha. Pergi berdua jer, parent aku bz keje. Jd sebagai abg kne la jalankan tanggngjawab. Ceh poyo plak ayat ni. hehehe. Owh sbenarnya nak cite ape yg berlaku dalam train td.
Ok2 cite dia mcm ni, ms aku msk2 jer pintu train tu aq ad dengr sorg uncle ni dok mula berborak ngan sorang amoi yg agak cute rancak berborak. Aku lihat uncle ni dah mcm separuh dekad dah umur dia tu. Walaupun dorg tu xsaling kenal antara satu same lain tp dorg still ingat mengingati antara satu sama lain, salah satu perkara yg dorg cite pasal pendidikan Sebenarnya aku terdengar ape dorg cite coz aku berdiri btol2 depan dorg. Al maklum la train penuh. Dorg speaking BI siot. nasib baik x speaking mandarin, klaw x confom xpaham. hahaha. Alangkah bagusnya kalau masyarakat islam kite mcm tu saling ingat mengingati. Bkn mcm sekarang ni dh berlaku bru nk menyesal.


Hah ni ad stu lagi kejadian. Berlaku semasa aku nak alik semula ke rumah. td yg aku cite tu ms nk pergi amik result adik aku. Yang ni mmg serius aku takot. Mse train aku bru nk bergerak dari seremban. Tetiba ada seorg pakcik ni bangun then menyanyi kuat2, kat tepi pintu keluar train. terkejut jgk aku. Tapi aku wat2 cool jer mcm xd pape berlaku, sebenarnya dalam hati punye la gelisah. Aku tgk penumpang lain perasaan gelisah mula dirasai oleh dorang. Lepas dia nyanyi kuat2 then pakcik ni wat bunyi beruk nasib baik buat bunyi xbuat aksi. Walane aku btol2 dh gelisah dh ms tu. Dah la pakcik tu diri dekat jer dengan aku. Dalam hati aku ni kate bile la pakcik ni nk keluar. Selepas 2 perhentian  train, akhirnya pakcik tu turun. Huuuu. lega btol aku. Bile aku tgk wajah penumpang dalam gerabak tu dh mula tenang.
Akhirnya sampai gak aku kerumah dlam kol 4.30. hehehe.

Wednesday, December 22, 2010

What i looking for

sukar untuk percaya bahawa aku tidak boleh melihat
semasa kau selalu ada di sampingku 
sangka ku fikir sendirian tanpa yang menemani
tapi kau selalu benar disampingku

perasaan ini tidak seperti yang lain
aku ingin kau tahu
bahawa aku tidak pernah memiliki seseorang
yang tahu aku seperti yang kau lakukan
Aku tidak pernah menjumpai seseorang
baik bagi aku seperti kau
memang tidak ada yang seperti kau

begitu baik untuk dilihat
begitu baik untuk didengar
tidak perlu ungkapkan kata
sudah lama ku mencari
akhirnya dijumpai

kesepian yang aku lalui ini
aku akhirnya menemukan
apa yang aku cari


Tuesday, December 14, 2010

Family Time

Hello my blog...How are u???

Semalam mmg best. Nak taw knpe? Coz aku n family g mandi sungai kat SUNGAI COMGKAK, Hulu Langat. Lama gak spend time mandi kat situ smpi dah kecut2 kaki masing2. HAHAHA. Mane x kecutnya dari pukul 12 sampai 5 petang mandi*berendam*. Kebetulan plak mse tu mendung jer, perh mmg sejuk la. Ni la mase yang aku tunggu2. Sbb kalau cuti sekolah yang panjang confom kitorng satu family pergi sni. Yela tempat ni sesuai tuk menghilangkan stress dari suasana kota *perh ayat* hahaha n dapat juga merapatkan hubungan family antara satu sama lain. Kalau sampai sne mmg mcm org xpernah jmpe air la nmpaknyer. Biasa la kat rumah xd sungai. Yang ada pun longkang besar jer. HAHAHA. 
 Nie jer gambar yang sempat ditangkap atas permintaan cik Jijie . Let layan this pic. HEHEHE

  
macam ni la kalau dh kesejukan.
Kat sini disediakan salon. Tp sendiri cuci k. HEHEHE
Cian adik aku sorang ni tgh makan pon kne simbah air.
Ape ibu buat tu? Sebenarnya my mom ni tgh buang kulit mati yang ada kat tapak kaki tu. Senang je nk wat amek jer batu2 sungai yang kecik atau sederhana bergantung kepada kaki korang la ek. Then gosok batu tu kat kaki. HEHEHE.
Ayah plak xkan mandi sungainya coz ayah mmg xminat nk basah2 nie. HEHEHE.


love them
me

My little brother n me
Gambar ni mmg style. Relax jer pakcik tu posing kat atas batu tu.
Ok nak promote Sungai congkak plak.

 Bagi sesiapa yang nk datang sni pastikan bukan mase public holiday k. Kalau tidak nnt xd tempat tok korang berpicnic. HEHEHE. Full sngt.
Hurm sampai sni sje la ye celoteh sye tok hari ini. Bye.




Monday, December 13, 2010

Lilin Story

Hello blog ku.....hahaha

Ada cerita pendek yang x beberapa dongeng tuk diceritakan.
Cerita dia bermula macam ni. 

Once upon the time, terdapat sebatang lilin yang tinggal didalam sebuah kabinet yang jarang dibuka oleh tuan rumah. Lilin tinggal bersama2 dengan sekotak mancis dan sebuah pelita. Keakraban mereka membuatkan  kehidupan mereka amat selesa. Ini kerana mereka telah pun mengenali hati budi masing2 sepanjang perkenalan. Selama ini ada lilin telah memendam hasrat untuk melihat api kerana seumur hidupnya dia belum pernah melihat api.
Pada suatu malam yang tenang, tiba2 kedengaran suasana riuh rendah diluar kabinet tersebut. Lilin mengintai diluar kabinet tersebut dan mendapati tuan rumah mula menghampiri kabinet yang jarang dia buka. Dengan pantas lilin mendiamkan dirinya didalam kabinet itu. Seberapa ketika, pintu kabinet dibuka dan terlihat sepasang tangan meraba2 mencari sesuatu. Tiba2 tangan tu berhenti ketika menyentuh pelita, lalu mengeluarkan pelita dari kabinet tersebut. Selang beberapa minit, ada lagi tangan yang meraba2 lalu diambil pula lilin dan mancis. Owh baru lilin faham ape yang sedang berlaku. Rupa2nya bekalan elektrik dirumah itu telah putus kerana berlaku litar pintas. Tuan rumah mahu menggunakan pelita untuk menerangi  ruang tamu rumahnya buat sementara waktu. Tetapi minyak tanah tiada lalu tuan rumah menggunakan lilin untuk menerangi ruang tamunya.
Tuan rumah mula mengambil lilin dan membakarnya dengan menggunakan mancis yang berada didalam kotak mancis. Hajat lilin tercapai apabila api telah pun dinyalakan diatas kepalanya. Lilin jatuh cinta pada kecantikan si api ini apabila pertama kali melihatnya. Kerana keasyikan si lilin melihat kecantikan si api, dia tidak menyadari bahawa hidupnya akan berakhir beberapa ketika nanti. Lilin tersedar dari keasyikan itu. Sebelum lilin menjadi cair sepenuhnya, lilin telah bertanya kepada api "Api dapatkah kau mencintai aku sebagai mana aku berkorban membuat kau hidup dan adakah ketika matiku nanti kau akan mati bersamaku?" Lalu si api menjawab "Semestinya aku akan mencintaimu kerana aku hidup keranamu dan matiku apabila matinya dirimu". Setelah setengah jam berlalu,lilin sudah pun menjadi cair dan api pula padam. Lalu gelap ruang tamu tersebut. 


HEHEHE...ape macam ok x cite dongeng nie??? COnfom x best arn. Sebenarnya moral of the story is kita sebagai manusia mmg mudah untuk mencintai seseorang itu tapi mampukah kita untuk mencintainya hingga akhir hayat kita dengan sekali pandangan. Mcm first love la lebih kurang.

Saturday, December 11, 2010

Penat or Puas???

Dah dekat 2 hari aku asyek berjalan kesana kemari. Penatnya masih terasa sehingga sekarang. Semalam bru je g low yatt. Teman pakcik aku beli laptop baru tok anak dia. Nasib baik la semalam kurang sikit orang mse nk g low yatt tu. Klaw x mmg ramai. Mybe smlam Jumaat kot coz that la kurang orang. HEHEHE. Klau nk g KL kne la g waktu org x ramai sngt. Agpon aku xsuke orang ramai2 ni. Sesak sngt.

Aku still engat ag satu kejadian nie. Ia berlaku semasa aku naik komuter untuk balik ke rumah. Mse tu komuter tu mmg penuh. Dh mcm ikan sardin daa. Aku pon seperti biasa la kne berdiri bru gentlemen sikit. HAHAHA.(poyo plak). Ok2 back to the story. Dalam kesempitan yang aku lalui didalam komuter tu. Tetiba aku terdengar stu bunyi "tuttttttttttttttt". Bunyi kentut. HAHAHA. Tapi yang peliknya gerabak tu sume buat bodo macam xde pape yang berlaku. Muke aku jd merah coz tahan gelak. Then tetibe ramai pandang aku coz engt aku yg kentut. Adoi ai serba salah aku jd nyer. Dh xtaw nk wat pe. Jd aku terus alihkan pandangan aku ke luar. HAHAHA. Malu tol aku. Moral kat sni jangan nak gelakan orang lain nnt kne pada diri sendiri.

Bayangkan kalau kereta api kat MALAYSIA mcm ni. Confom Malaysia xdpat jd name sebagai negara maju.
Malam sebelum aku g low yatt, aku dan sekeluarga bawak pakcik aku g Putrajaya. Maklum la pakcik aku belom pernah ag menjejakkan kaki ke Putrajaya, agpon ni la peluang keluarga aku nak balas budi coz dulu mase family aku datang terengganu macam2 tempat pakcik aku bawak yang ada kat Terengganu tu. Lepas jalan2 kat Putrajaya tu. Kitorg g rumah pakcik aku kat salak tinggi. Dah lame pakcik aku tu x jmpe sepupu dia jd kitorg singgah la kat situ. Engatkan sekejap jer. Tengok2 sampai kol 12 malam bru rse nak balik. Biasalah kalau orang tua2 berborak. 

Hurm itu jer la yang dapat dikongsikan sekarang ni. X larat nk cite ag. Penat la. HEHEHE.





Monday, December 6, 2010

Baru ke??

Hah sekarang ni dah masuk awal muharam. Mean??? Sekarang ni dah msuk tahun baru bagi kalender islam. Hehehe. After jer solat maghrib jer td tros jer bace doa akhir tahun. Eh bkn2, doa awal tahun. Mse asar td lupe plak nk bce doa akhir tahun. Adoi ai apela nak jd. Sejak ble jd pelupa ni. Termakan semut kot. Hahaha.

Jd klau dh masuk tahun bru korng akan wat pe? Confom wat azam baru ryte. Every person akan wat azam baru apabila masuk tahun baru. X semestinya kne smpai New year 2011(masihi) bru nak wat azam bru. Awal muharam ni pon dah leh wat azam baru.

Ok. Azam aku tok tahun yang bru n fresh ni ada 2. First, jdkan tahun  yang akan aku lalui ini sebuah tahun yang amat bermakna bagi ku. Second, nak luangkan lebih mase tok family tercinta. Hehehe. Sume ni akan aku lakukan bak kata Maher zain "INSYALLAH".