Saturday, January 1, 2011

Ketika dahulu

Alhamdullilah akhirnya tamat sudah tahun 2010 yang penuh suka dan duka. Sekarang bermulanya 2011 yang mencabar. Sebenarnya bkn nak cite pasal azam tahun baru o ape yg berlaku mse 2010. Aku nk mulakan tahun baru nie dengan sebuah cerita zaman 70 an yang x beberapa best. hehehe

Dahulunya tinggal seorang lelaki yang tinggal sebuah perkampungan yang dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Kehidupannya tidaklah terlalu senang bak kate pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Walaupun dia dilahirkan dlam keadaan begitu dia cekal untuk meneruskan hidupnya. Kerjanya hanyalah mengutip buah kelapa sawit dan berkebun. Hingga suatu hari itu, dia telah diajak oleh rakan2 nya untuk menjadi penyanyi sementara didalam sebuah kugiran untuk satu majlis perkahwinan. Didalam majlis perkahwinan tersebut suaranya yang merdu telah pun memikat para hadirin yang hadir pada ketika itu.
Keesokan harinya, perkara itu tersebar keseluruh pelusuk kampung. Ketika itulah, kehidupannya mula berubah sedikit demi sedikit. Setiap kali ada saja majlis perkahwinan sudah pasti kugirannya akan dijemput.  Secara langsung dia telah pun meninggalkan kerjanya sebagai pekebun dan bertukar ke arah kerjayanya sebagai penyanyi kampung. Walaupun hanya bergelar penyanyi kampung tetapi pendapatan yang dia bersama kugirannya terima lebih kurang Rm2000 seminggu.
Selain memiliki suara yang sedap, lelaki ini juga mempunyai wajah yang agak tampan. Ini menyebabkan dia mula digilai oleh gadis2 di kampung itu. Perkara ini terus tersebar ke kampung seberang tentang kemerduan suara dan ketampanan lelaki tersebut. Disebabkan popularitinya dikampung mula tersebar bagaikan cendawan baru tumbuh selepas hujan, lelaki ini sudah mula lupa pada dirinya. Dia sudah berani berpacar dengan ramai gadis2 yang mengilai dia, PLAYBOY. 
Suatu hari semasa dia hendak ke pekan menaik vespanya, dia telah terserempak dengan seorang gadis yang tinggi lampai, bertudung. Disaat itu lelaki itu telah pun jatuh cinta pandang pertama kepada gadis tersebut. Selepas kejadian itu dia mula angau seorang diri. Lalu dia mengambil keputusan untuk mencari gadis tersebut. Setelah lama mencari gadis tersebut akhirnya lelaki ini telah pun menjumpai gadis tersebut. Gadis itu tinggal di kampung seberang. Lelaki ini mula menjalankan plannya untuk menawan gadis si cantik rupawan itu. Lelaki ini menggunakan segala kudratnya untuk menawan gadis tersebut tetapi sia2. Semasa lelaki ini berputus asa dengan segala usaha untuk menawan hatinya gagal, tiba2 gadis tersebut datang kepada lelaki ini untuk meminta lelaki itu menikahinya. Lelaki itu terkejut mendengar permintaan gadis idamannya itu. Lelaki itu setuju dengan permintaan gadis itu tanpa berfikir panjang. 
Maka selepas sebulan berlalu mereka di ijad kabulkan. dengan hantaran 7 berbalas 9. Sejak mereka berkahwin, lelaki tersebut telah pun menamatkan kerjayanya sebagai seorng penyanyi kampung. Oleh kerana dia sudah menyesal atas perkara yang dilakukan olehnya pada waktu bujang.Sekarang ini cinta dan kasih sayangnya hanyalah untuk gadis yang dicintainya yang bergelar isteri. Kini dia mula bekerja sebagai seorang peladang disebuah ladang yang dimiliki oleh Sime Darby. Berkat usaha gigihnya selama 1 tahun berkhimat dalam ladang tersebut akhirnya dia telah pun dinaikkan pangkat. Semasa si suami sedang sibuk berhempas pulas mencari rezeki untuk si isteri tetapi si isteri ini telah curang terhadap suaminya. Perkara ini berlaku kerana si isteri tidak mempunyai masa yang banyak untuk isterinya. Si isteri telah banyak kali melakukan hubungan seks dengan lelaki lain, lelaki lain itu merupakan kawan baik si suami sendiri.
Semakin hari semakin kerap kawan baikya datang ke rumahnya. Dengan alasan hantar sayur- sayuran yg dikirim oleh isterinya. Akhirnya suatu hari dengan izin Allah, si suami terdetik hatinya untuk pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Sebelum ini si suami jarang pulang ke rumah untuk makan tengah hari. Ini kerana rumah dia agak jauh dari tempat kerjanya. Jika si suami hendak pulang dia akan memberitahu awal2 kepada si isteri. Tetapi kali ini si suami hendak menberikan kejutan kepada isterinya dengan membeli makanan diluar untuk makan bersama2 dirumah. 
Setiba jer diluar rumah dengan menaiki vespanya, dia mendapati pintu rumahnya tertutup rapat. Fikirnya mungkin isterinya keluar beli barang di kedai berhampiran. Jd dia teruskan langkahnya menuju ke pintu hadapan. Setiba sje didepan pintu kedengaran bunyi katil didalam rumahnya bergerak. Dia agak mungkin pencuri yang sedang memecah msuk rumahnya. Dia terus teranjang pintu rumah depannya dan lari terus ke biliknya. Setibanya didalam biliknya mengucap panjang si suami bile melihat isterinya sedang disetubuhi oleh kawan baiknya. Akhirnya pecah tembelang isteri dan kawan baiknya. Keluar perlahan2 air mata jantan si suami itu, hancur luluh hatinya apabila segala kasih sayangnya dipermainkan oleh si isteri. Lalu disitu jgk si suami melafazkan cerai kepada isterinya dengan talak 3. 
Selepas penceraian tersebut kehidupan si lelaki ini berubah sama sekali. Badannya yang dahulunya berisi berubah menjadi kurus cengkung, sifat peramah yang dahulu, kini berubah menjadi pendiam. Baginya tiada lagi cinta untuk dikongsikan didalam dunia ini. Apa yang mampu dilakukannya hanyalah berdoa dan mendekatkan dirinya pada yang Maha Esa. Sesungguhnya mencintai Allah adalah segala2 nya. Oleh itu ingatlah setiap hamba yang ada didunia ini akan diuji olehnya. Itu bermaksud Allah amat menyayangi KAMU.




4 comments:

  1. sungguh menarik story nih...good...love this entry..hehe wat lg...nk bce.wahahaaa

    ReplyDelete
  2. alfatihah..semoga arwah dicucuri rahamt..sedih baca entry arwah ni..maksud dia sangt mendalam...

    ReplyDelete
  3. hurm..nmpknya aku da x dpt nk bce entry arwah lg,. arwah la sumber ak wat blog. thanks kawan. kamu telah byk mngajar sahabatmu ini. aku tetap igt kamu selalu. smoga kamu ditempatkn di kalangan org yg beriman dan soleh. aminn...al-fatihah

    ReplyDelete
  4. today ramadhan14 paan..i miss u so much..i never told u what should have said..:(..alfatihah..

    ReplyDelete