Thursday, December 23, 2010

Di suatu hari

Hai blogku....


Arini penat sikit coz teman adik aku amik result PMR . Kitorg gerak dlam kol 10.30. Mane xpenatnye naik bus-komuter-bus-komuter.....hahaha. Pergi berdua jer, parent aku bz keje. Jd sebagai abg kne la jalankan tanggngjawab. Ceh poyo plak ayat ni. hehehe. Owh sbenarnya nak cite ape yg berlaku dalam train td.
Ok2 cite dia mcm ni, ms aku msk2 jer pintu train tu aq ad dengr sorg uncle ni dok mula berborak ngan sorang amoi yg agak cute rancak berborak. Aku lihat uncle ni dah mcm separuh dekad dah umur dia tu. Walaupun dorg tu xsaling kenal antara satu same lain tp dorg still ingat mengingati antara satu sama lain, salah satu perkara yg dorg cite pasal pendidikan Sebenarnya aku terdengar ape dorg cite coz aku berdiri btol2 depan dorg. Al maklum la train penuh. Dorg speaking BI siot. nasib baik x speaking mandarin, klaw x confom xpaham. hahaha. Alangkah bagusnya kalau masyarakat islam kite mcm tu saling ingat mengingati. Bkn mcm sekarang ni dh berlaku bru nk menyesal.


Hah ni ad stu lagi kejadian. Berlaku semasa aku nak alik semula ke rumah. td yg aku cite tu ms nk pergi amik result adik aku. Yang ni mmg serius aku takot. Mse train aku bru nk bergerak dari seremban. Tetiba ada seorg pakcik ni bangun then menyanyi kuat2, kat tepi pintu keluar train. terkejut jgk aku. Tapi aku wat2 cool jer mcm xd pape berlaku, sebenarnya dalam hati punye la gelisah. Aku tgk penumpang lain perasaan gelisah mula dirasai oleh dorang. Lepas dia nyanyi kuat2 then pakcik ni wat bunyi beruk nasib baik buat bunyi xbuat aksi. Walane aku btol2 dh gelisah dh ms tu. Dah la pakcik tu diri dekat jer dengan aku. Dalam hati aku ni kate bile la pakcik ni nk keluar. Selepas 2 perhentian  train, akhirnya pakcik tu turun. Huuuu. lega btol aku. Bile aku tgk wajah penumpang dalam gerabak tu dh mula tenang.
Akhirnya sampai gak aku kerumah dlam kol 4.30. hehehe.

Wednesday, December 22, 2010

What i looking for

sukar untuk percaya bahawa aku tidak boleh melihat
semasa kau selalu ada di sampingku 
sangka ku fikir sendirian tanpa yang menemani
tapi kau selalu benar disampingku

perasaan ini tidak seperti yang lain
aku ingin kau tahu
bahawa aku tidak pernah memiliki seseorang
yang tahu aku seperti yang kau lakukan
Aku tidak pernah menjumpai seseorang
baik bagi aku seperti kau
memang tidak ada yang seperti kau

begitu baik untuk dilihat
begitu baik untuk didengar
tidak perlu ungkapkan kata
sudah lama ku mencari
akhirnya dijumpai

kesepian yang aku lalui ini
aku akhirnya menemukan
apa yang aku cari


Tuesday, December 14, 2010

Family Time

Hello my blog...How are u???

Semalam mmg best. Nak taw knpe? Coz aku n family g mandi sungai kat SUNGAI COMGKAK, Hulu Langat. Lama gak spend time mandi kat situ smpi dah kecut2 kaki masing2. HAHAHA. Mane x kecutnya dari pukul 12 sampai 5 petang mandi*berendam*. Kebetulan plak mse tu mendung jer, perh mmg sejuk la. Ni la mase yang aku tunggu2. Sbb kalau cuti sekolah yang panjang confom kitorng satu family pergi sni. Yela tempat ni sesuai tuk menghilangkan stress dari suasana kota *perh ayat* hahaha n dapat juga merapatkan hubungan family antara satu sama lain. Kalau sampai sne mmg mcm org xpernah jmpe air la nmpaknyer. Biasa la kat rumah xd sungai. Yang ada pun longkang besar jer. HAHAHA. 
 Nie jer gambar yang sempat ditangkap atas permintaan cik Jijie . Let layan this pic. HEHEHE

  
macam ni la kalau dh kesejukan.
Kat sini disediakan salon. Tp sendiri cuci k. HEHEHE
Cian adik aku sorang ni tgh makan pon kne simbah air.
Ape ibu buat tu? Sebenarnya my mom ni tgh buang kulit mati yang ada kat tapak kaki tu. Senang je nk wat amek jer batu2 sungai yang kecik atau sederhana bergantung kepada kaki korang la ek. Then gosok batu tu kat kaki. HEHEHE.
Ayah plak xkan mandi sungainya coz ayah mmg xminat nk basah2 nie. HEHEHE.


love them
me

My little brother n me
Gambar ni mmg style. Relax jer pakcik tu posing kat atas batu tu.
Ok nak promote Sungai congkak plak.

 Bagi sesiapa yang nk datang sni pastikan bukan mase public holiday k. Kalau tidak nnt xd tempat tok korang berpicnic. HEHEHE. Full sngt.
Hurm sampai sni sje la ye celoteh sye tok hari ini. Bye.




Monday, December 13, 2010

Lilin Story

Hello blog ku.....hahaha

Ada cerita pendek yang x beberapa dongeng tuk diceritakan.
Cerita dia bermula macam ni. 

Once upon the time, terdapat sebatang lilin yang tinggal didalam sebuah kabinet yang jarang dibuka oleh tuan rumah. Lilin tinggal bersama2 dengan sekotak mancis dan sebuah pelita. Keakraban mereka membuatkan  kehidupan mereka amat selesa. Ini kerana mereka telah pun mengenali hati budi masing2 sepanjang perkenalan. Selama ini ada lilin telah memendam hasrat untuk melihat api kerana seumur hidupnya dia belum pernah melihat api.
Pada suatu malam yang tenang, tiba2 kedengaran suasana riuh rendah diluar kabinet tersebut. Lilin mengintai diluar kabinet tersebut dan mendapati tuan rumah mula menghampiri kabinet yang jarang dia buka. Dengan pantas lilin mendiamkan dirinya didalam kabinet itu. Seberapa ketika, pintu kabinet dibuka dan terlihat sepasang tangan meraba2 mencari sesuatu. Tiba2 tangan tu berhenti ketika menyentuh pelita, lalu mengeluarkan pelita dari kabinet tersebut. Selang beberapa minit, ada lagi tangan yang meraba2 lalu diambil pula lilin dan mancis. Owh baru lilin faham ape yang sedang berlaku. Rupa2nya bekalan elektrik dirumah itu telah putus kerana berlaku litar pintas. Tuan rumah mahu menggunakan pelita untuk menerangi  ruang tamu rumahnya buat sementara waktu. Tetapi minyak tanah tiada lalu tuan rumah menggunakan lilin untuk menerangi ruang tamunya.
Tuan rumah mula mengambil lilin dan membakarnya dengan menggunakan mancis yang berada didalam kotak mancis. Hajat lilin tercapai apabila api telah pun dinyalakan diatas kepalanya. Lilin jatuh cinta pada kecantikan si api ini apabila pertama kali melihatnya. Kerana keasyikan si lilin melihat kecantikan si api, dia tidak menyadari bahawa hidupnya akan berakhir beberapa ketika nanti. Lilin tersedar dari keasyikan itu. Sebelum lilin menjadi cair sepenuhnya, lilin telah bertanya kepada api "Api dapatkah kau mencintai aku sebagai mana aku berkorban membuat kau hidup dan adakah ketika matiku nanti kau akan mati bersamaku?" Lalu si api menjawab "Semestinya aku akan mencintaimu kerana aku hidup keranamu dan matiku apabila matinya dirimu". Setelah setengah jam berlalu,lilin sudah pun menjadi cair dan api pula padam. Lalu gelap ruang tamu tersebut. 


HEHEHE...ape macam ok x cite dongeng nie??? COnfom x best arn. Sebenarnya moral of the story is kita sebagai manusia mmg mudah untuk mencintai seseorang itu tapi mampukah kita untuk mencintainya hingga akhir hayat kita dengan sekali pandangan. Mcm first love la lebih kurang.

Saturday, December 11, 2010

Penat or Puas???

Dah dekat 2 hari aku asyek berjalan kesana kemari. Penatnya masih terasa sehingga sekarang. Semalam bru je g low yatt. Teman pakcik aku beli laptop baru tok anak dia. Nasib baik la semalam kurang sikit orang mse nk g low yatt tu. Klaw x mmg ramai. Mybe smlam Jumaat kot coz that la kurang orang. HEHEHE. Klau nk g KL kne la g waktu org x ramai sngt. Agpon aku xsuke orang ramai2 ni. Sesak sngt.

Aku still engat ag satu kejadian nie. Ia berlaku semasa aku naik komuter untuk balik ke rumah. Mse tu komuter tu mmg penuh. Dh mcm ikan sardin daa. Aku pon seperti biasa la kne berdiri bru gentlemen sikit. HAHAHA.(poyo plak). Ok2 back to the story. Dalam kesempitan yang aku lalui didalam komuter tu. Tetiba aku terdengar stu bunyi "tuttttttttttttttt". Bunyi kentut. HAHAHA. Tapi yang peliknya gerabak tu sume buat bodo macam xde pape yang berlaku. Muke aku jd merah coz tahan gelak. Then tetibe ramai pandang aku coz engt aku yg kentut. Adoi ai serba salah aku jd nyer. Dh xtaw nk wat pe. Jd aku terus alihkan pandangan aku ke luar. HAHAHA. Malu tol aku. Moral kat sni jangan nak gelakan orang lain nnt kne pada diri sendiri.

Bayangkan kalau kereta api kat MALAYSIA mcm ni. Confom Malaysia xdpat jd name sebagai negara maju.
Malam sebelum aku g low yatt, aku dan sekeluarga bawak pakcik aku g Putrajaya. Maklum la pakcik aku belom pernah ag menjejakkan kaki ke Putrajaya, agpon ni la peluang keluarga aku nak balas budi coz dulu mase family aku datang terengganu macam2 tempat pakcik aku bawak yang ada kat Terengganu tu. Lepas jalan2 kat Putrajaya tu. Kitorg g rumah pakcik aku kat salak tinggi. Dah lame pakcik aku tu x jmpe sepupu dia jd kitorg singgah la kat situ. Engatkan sekejap jer. Tengok2 sampai kol 12 malam bru rse nak balik. Biasalah kalau orang tua2 berborak. 

Hurm itu jer la yang dapat dikongsikan sekarang ni. X larat nk cite ag. Penat la. HEHEHE.





Monday, December 6, 2010

Baru ke??

Hah sekarang ni dah masuk awal muharam. Mean??? Sekarang ni dah msuk tahun baru bagi kalender islam. Hehehe. After jer solat maghrib jer td tros jer bace doa akhir tahun. Eh bkn2, doa awal tahun. Mse asar td lupe plak nk bce doa akhir tahun. Adoi ai apela nak jd. Sejak ble jd pelupa ni. Termakan semut kot. Hahaha.

Jd klau dh masuk tahun bru korng akan wat pe? Confom wat azam baru ryte. Every person akan wat azam baru apabila masuk tahun baru. X semestinya kne smpai New year 2011(masihi) bru nak wat azam bru. Awal muharam ni pon dah leh wat azam baru.

Ok. Azam aku tok tahun yang bru n fresh ni ada 2. First, jdkan tahun  yang akan aku lalui ini sebuah tahun yang amat bermakna bagi ku. Second, nak luangkan lebih mase tok family tercinta. Hehehe. Sume ni akan aku lakukan bak kata Maher zain "INSYALLAH".

Thursday, December 2, 2010

mission accomplish


Akhirnya pelan yang dirancang telah pun diselesaikan. Go tu MAHA. Agak mengejutkan jugak la bile smpi kat sne. Begitu ramainya orang dah mcm semut aku tgk. Klaw la bom atom jatuh or gempa bumi confom ramai mati katak. HAHAHA. Ops terlebih sudah.
Aku juz pergi MAHA bersama2 family aku tp ayah aku xdpt nk join coz keje. HUHUHU. Jd ayah juz anta kitorg jer. Dipendekkan cite kitorang dh round satu MAHA tu but juz xdpt tgk haiwan2 ternakan dan rumah negeri2 coz hujan yang lebat. Bru engt nk cri pintu gerbang nenas. HUHUHU. Untuk melupakan pencarian itu aku sefamily pergi ke salah satu tempat makanan. Iaitu AGROBAZAAR. Kat ctu mmg best dapat makan free. HEHEHE. Maksud aku dpat rase sample yang dorng bgi. Mmg kenyang, lalu jer depan gerai dorg konfom dapat rase ckit or sample makanan yang dorang jual. Bak kate pepatah rezeki jangan ditolak. HEHEHE. Nie la gambar2 yang sempat diambil oleh aku. Sebenarnya agak susah untuk mengambil gambar di MAHA ni maklumlah ramai sngt org. Tak de time nk amek gambar.

Hah ni la lobster. Sebenarnye boleh bergmbr smbil pegang lobster ni tp di sebabkan aku ni kurang keyakinan diri jadi aku decide amik gambr mcm ni jer.HAHAHA.
 
Bagi sesiapa nk main monopoli gergasi, anda boleh la gunakan buah tembikai ni sebagai dadu.
Ni plak orkid yang diminta oleh kawan aku,Zatie. Warna ungu putih.
 
Lawa x pokok lada ni. Memang kreatif. 
Yang ni sesuai untuk perempuan. 
Nk tahu x kenape cendawan besar ni sesuai? Sbb digunakan dalam perubatan iaitu ia mampu menyembuhkan kanser payudara. Ni fakta k bukan auta.
Rupe2 nya banyak lagi kelebihan buluh ni. Boleh digunakan untuk tanam pokok.

Hurm. tempat ni paling aku suke pergi. Banyak makanan. HAHAHA. Kat cni la dapat mkan free. Dh la mase tu time hujan. Memang syok.

Akhirnya dapat juga cari tempat yang sesuai untuk bergambar.HEHEHE.
Tengok macam rotan arn. Tp sebenarnya ni la kulit kayu manis yang digunakan dalam masakan. Selalunya kulit kayu manis yang guna untuk masak kecil tp ni yang besar punya. Sabah mari. 100gram= Rm 1. Murahkan.
Sepatutnya aku dah naik dah bas comel ni tp disebabkan hujan terbantut semangat aku yang memuncak ni untuk pergi kawasan ternakan dan rumah negeri2.

Apa-apa pun aku rasa seronok sangat. Dapat pergi MAHA pada kali ini. Walaupun ada sedikit rasa kecewa. HUHUHU. Takpe mungkin dah tak rezeki. Nanti ada sekali lagi MAHA aku akan datang jua.


Friday, November 26, 2010

Old people


Kenapa bila difikirkan balik ada jer manusia yang tidak tahu ape tu hormat menghormati? Hurm dah selama aku wujud di dunia ini baru aku mengerti knape sume ni bisa terjadi. Sume ini berlaku kerana ego terhadap dirinya sendiri. Sebagai orang muda perlulah menghormati mereka yang tua bukannya berlagak angkuh terhadap mereka.
Satu hari tu, aku betul2 hairan bila aku melihat sendiri seorg pemuda memaki hamun seorg org tua atas salah sendiri. Nak pendekkan cite pak cik tu nk naek bas pastu pemuda ni tgh pegang botol air, yng tutup dye x ktat pastu ngah jalan smbil borak2 ngan awek dye, tgk2 dye terlanggar la pakcik tu, then botol tu jatuh n air dari botol tu tumpah keluar. Only pasal air tu dye maki pak cik tu. Xde sedikit ke rasa bersalah bile dh wat cmtu. Ikut hati, aku dh maki balik pemuda tu(poyo plak). Tp  Harap jer hensem pemuda tu tp perangai haprak. Org melayu plak tu. Bercakap dengan org gune lu, gua ape cite ni dh mcm samseng plak. Klau dh rse samseng sngt jd mafia jer xyah nk jd hero kampong kat tgh2 bandar ni. Nape la dulu xd pendidikan sivik or moral tok org2 seperti ni.

Tolong la hormati mereka yang tu ni,terutama ibubapa kite. Orang selalu kate" yang tua dihormati yang muda disayangi" tp yg berlaku skng ni "yang tua pergi mati yang muda nk eppy2". Aku harap dorg akan insaf stu hari nnt. Begitu juga ngan aku ni. Amik iktibar tentang ape yang berlaku depan mata ni.

Aku diTaG

Mula2 skali terima kasih kpd syawal kerana tag aku. ok aku jawab soalan2 nie.Hahaha.


1. Apa benda yang penting dalam hidop korang?


Semestinya family.


Oxygen. hahaha. Aku xboleh hidup tanpe nya!!!!!


2. Benda terakhir yang korang beli menggunakan duit korang sendiri?


Kamera untuk buat video arab tp xgune pon. hehehe.


3. Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan korang nanti?


Nk wat kat tebing bukit yang berhadapan pantai, nmpk romantik ckit. Tema formal mcm kat ofis.hehehe


4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?


Soalan mencabar minda ni. Msih bujang.  =) 


5.Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?


Klaw dh ada kekasih aku akan mencinatai nya setiap saat,setiap waktu n setiap jam sehingga  ajal menjemput ku. Walane jiwang plak. hehehe


6. Dimana korang selalu jumpa kekasih korang?


Wajib ke???huhuhu


7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli?


Buku2 teks UITM. beli trpaksa lebih2 lagi BEL. hahaha.


8. Apakah nama penuh korang?


MUHAMMAD FARHAN BIN ABDUL RAHIM. 


9.Antara mak dan ayah,yang mana korang lebih mesra?


hurm...ibu aku kot. coz pape cite jer aku kan bg taw ibu aku. Ayah aku tok minta kebenaran untuk pape. hehehe. 


10. Namakan orang yang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang?


Manusia paling mulia, RASULULLAH S.A.W.


11. Adakah korang basuh baju sendiri?


tidak lagi, kerana di u dan rumah ad mesin basuh. Jd gunakan kemudahan yg ada. 


12. Dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?


Angkasa lepas. Nk tgk bumi dri angkasa. Agk2 tercapai ke hajat tu???hahaha


13. Pilih salah satu,peluk atau cium?
X kesah. 


14.5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang?


-laptop vaio kesayangan ku coz hadiah dr ibu n ayah aku. hehehe
-handphone, klaw xd cmne nk tepon or mesej xkn nk gune public phone plak.
-Kad bank....hehehe
-Kamera...
-Duit....


15.5 lagu yang paling korang suka dan selalu dengar?


-Open my eyes(maher zain)
-For rest of my life(maher zain)
-Sepi(6ixth sense)
-Kekanda adinda(atilia n monoloque)
-Miss u like crazy( the moffatts)


16. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?


First october 1991.  X smbut kat mane2. Dh besar dh klaw kecik lain la.


17. 6 orang blogger yang korang nk tag.


-aisyah jais
-syeera
-zatie
-hanip aka adi
-Hafiz aka arius
-Paan sempoi


18. cerita sikit bloger yang pertama korang tag.


seorang yang hyper active ketika menulis blog.hahaha. Nk tgk reaksi dye cmne nnt.





Monday, November 22, 2010

Plan Oh Plan

Sekarang ni cuti sem ku telah pon bermula. Tapi aku still xd plan nk wat. Xkan la aku nk dduk terperap kat rumah ni. Tp cuti sem ni xd la lame sngt. Jd klau nk wat plan pon mcm mlas jer. Klau nk keje pon mcm nk xnk jer. hahaha. Aku btol2 buntu skang ni. Tp aku still ad rancang 2 plan ni. Xtaw la jd ke x ape yg diplan ni. Aku ni slalu jer wat plan tp sume x jd. Lebih kurang hangat2 tahi ayam la.

First, mybe wat mse terdekat ni nk g MAHA. huhuhu. Sejak aku sekolah ag aku dh g dh MAHA ni. Syok gak mse g situ. Mcm2 bende2 baru aku dapat tahu. Walaupun org anggap bende ni mcm perkara biase jer tp bg aku anggap ia still sesuatu yg amat menarik. Aku dapat taw pasal MAHA ni dari ayah aku. Ayah la yg ajak aku n family g sne amek pape maklumat tuk digunakan semasa di alam persekolahan. hahaha. mmg sukar aku lupakan.
Insyallah aku akan pergi MAHA pada awl bln disember ni.

Second plan is go to Cameroon Highlands. Tp ni plan Pakcik aku. aku n sekeluarga on jer. hahaha. Ni pon aku was2 gak sme ad bende ni berjalan secara yg dirancang or x. hahahaha. 

Sekarang nie perancangan dah ad juz wait 4 time jer.
 


Wednesday, November 17, 2010

Dugaan-Nya

Seteruk mane pun hidup kita, kita haruslah melaluinya dengan pelbagai cara pun. Itulah lumrah hidup kita sebagai ketua didunia ni. Aku pun x terlepas menerima dugaan darinya. Dugaan yang aku maksudkan disini adalah penyakit aku ni. Xtaw smpai ble nk elok. Penyakit resdung. Huhuhu. 
Aku dapat penyakit ni sejak aku kecil lagi. Aku pun xtaw mcm ne aku bleh dpt penyakit ni. Semasa aku kecil aku sering diejek oleh kawan2 ku kerana apabila aku kena resdung mata aku akan menjadi kuyu seperti penghisap gam dan hidung ku akan merah seperti badut. Hahaha. Itu yang kwan2 aku selalu ckp kat aku..Aku hanya mampu tersenyum bagaikan tiada apa yang berlaku dihadapan ku. Mungkin dengan berpura2 aku mampu menghapuskan semua ejekan yang ku terima. Aku xsuka untuk bergaduh kerana hal yang remeh sebegitu. Aku selalu berfikir mungkin ada org yang lebih teruk diejek oleh kawan2 nya berbanding aku. Itulah pesan Ustaz ku yg xkan aku lupakan smpai bila2.




Memang terasa seksanya menghidapi penyakit resdung. Ku perahkan semangatku ini untuk teruskan jua perjalanan yang ku tidak tahu penghujungnya. Sekarang ni apabila aku terkena sje resdung, aku akan rase demam, walaupun aku telan bertimbun2 panadol xkan mampu mengubatinya walaupun untuk sementara waktu. Ape yang mampu ku buat hanya la rehatkan diri ataupun bahasa senang nya tido. Pernah sewaktu ketika aku berasa aku hanya mampu hidup selama beberapa minit sje kerana aku mengalami sesak nafas seperti org yang sedang nazak. Ketika itu  aku hanya mengingati Allah yang maha kuasa. Aku rasakan perkara itulah yang paling menakutkan aku didalam hidup ini. Terima kasih Allah atas kemuliaan mu ku dapat lagi menghirup udara yang engkau setiakan secara percuma kepadaku.
Mungkin ini tanda bahawa tuhan masih sayang padaku kerana memberikan tidak putus2 dugaan padaku ini. Aku juga berharap Allah mengurniakan seseorang yang mampu berkongsi dgn hidup ku ini dan mampu menerima diriku seadanya.






Jadi bersyukurlah dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah. Redha itu suatu kesyukuran.

Friday, November 12, 2010

Perpisahan Menyakitkan

Sesungguhnya setiap permulaan akan berakhir dengan perpisahan, ayat ni merupakan ayat yg pling famous sekali untuk dimskkan kedalam karangan, semasa ku di form 5. Aku seperti terasa baru semalam aku tiba di UITM ni.Perasaan bercampur baur sumenya ada dalam diriku masa ni. Coz hari ini merupakan hari terakhir aku tinggal didalam Kolej SEMPANA RIAU. Dan mulai semesta depan aku mula tinggal dirumah sewa. Aku memang xdpat gambarkan bagaimana nanti keadaan aku dirumah baru ku nanti.


INI JUNIOR AKU
Kenapa disepanjang perpisahan hati ku ini mula merasa hiba.?? Kenapa?? Walaupun aku merasai semesta ini amat teruk tetapi didalam semesta ini aku telah banyak berjumpa dan berkenalan dengan kawan2 baru dri kelas BMD3B2 dan BMD3B5. Thank banyak2 kat korang kerana korang still dpat menerima aku dan rakan2 ku seadanya. Walaupun group aku dilebal sebagai budak nakal kami tetap relax dan menganggap yang itu adalah cara pujian korg untuk kami.


Kemungkinan aku akan merindui semula SEMPANA RIAU. Dimana disini bermulanya titik pembesaran ku sebagai seorang mahasiswa. Banyak kenangan pahit dan manis telah aku lalui sepanjang setahun setengah sini. Disini jua aku mendapat nickname aku. Walaupun aku senior, cara terbaik untuk melayan junior adalah menjadi rakan kepadanya, bukan pembuli kepadanya. Aku mengharapkan jalan yang aku pilih ini adalah jalan yang betul. Supaya aku tidak menyesal dikemudian hari.
Pada waktu ni juga berlaku proses 'CLEARANCE' dimana ketika ni pelajar akan mula mengemas bilik dorg yg x pernah sapu tu untuk dibersihkan. Memang penuh la tong sampah yang ada kat wing aku ni.
HUrm sampai sni jer nk di kongsikan.

INILAH KEADAAN SELEPAS CLEARANCE


GELAGAT PELAJAR YANG BALIK KE RUMAH
MY LAST PAPER
AKU AMAT MERINDUI MASA DAHULU KU

Wednesday, November 10, 2010

Getaran Jiwa

Kenapa semua ini berlaku pada ku
apakah salah ku pada mu
setiap hari keadaan ku semakin parah
ku rasa diri ku kini bagai berjalan
dijalan yang cahayanya semakin malap
aku terjatuh didalamnya
 aku mula lemas didalam kegelapan 
yang tak siapa pernah rasainya
sakit yang tiada penghujungnya

 Apa yang mampu ku lakukan disaat ini
tolonglah mengerti diriku ini
sesiapa tolonglah mengerti
aku dah letih untuk berpura-pura
walaupun diri luar ku cukup gagah menunjukan kekuatan
tapi hanya luaran sahaja
Semakin lama aku mencuba berlaku kuat
tapi semakin lemah jiwaku ini
ku masih lagi mengingati mu
sukar untuk ku lupakan mu

Sudah penat waktu berputaran 
seperti itulah penatku ini 
ku rasa keringatku kini mengalir
mengalir seperti air hujan yang mengalir di daunan
 mencari pengantimu
 seperti mencari air dipadang pasir yang tandus
tapi apakah dayaku
nasi sudah pun menjadi bubur


Bagiku kini berserah adalah jalan terbaik buatku
disamping itu ku selitkan jua doa
didalam penantian ku ini



Sesungguhnya aku hanya manusia yang tidak sempurna, mudah kecewa, lemah kerana siapalah aku untuk melawan mu........

NI DOA YANG SESUAI SKANG NI.....

Monday, November 8, 2010

lega or runsing????

Sekarang hati yang gelisah dah mula tenang seperti air dilautan yang kebiru biruan. Walaupun still tinggal lagi satu paper. Hope paper yang akhir ni aku mampu buat yang terbaik. Bisnes communication!!! hehehe.... Dh lebih 3 minggu aku berhempas pulas untuk menghadapi final exam ni. Biar pun dimuka ku ni nampak tenang tp aku still memikirkan satu perkara lagi. RUMAH SEWA !!!hahaha...Coz maybe semesta depan aku akan dicampak keluar dari kolej. Ops jangan pikir aku ada wat salah k masa kat kolej. Aku dicampak coz kemungkinan untuk dapat kolej tipis kerna kemasukan pelajar2 baru. Hari ahad yag lepas aku baru jer pegi cari rumah n dapat lajmpe sebuah rumah yang boleh dikatekan agak besar, 2 tingkat. Aku mybe duduk rumah tu hanya 5 orang jer. rumah tu ad 4 bilik tido,3 bilik air and corner lot(x mcm corner lot sngt la) dengan  harga sewa rumah Rm 400.
ok la tu jer nk cite.

Friday, October 29, 2010

Refresh......

Pejam celik pejam celik dh nk abis semesta 3. Begitu pantas masa berlalu seperti baru semalam bermulanya semesta 3. Mungkin benar kate2 para ulama yang mengatakan bahawa kite akan merasakan setahun itu seperti sehari, sejam itu bagaikan seminit dan seminit itu bagaikan sesaat. Begini lah keadaan aku bile nk abis semesta, memikirkan perkara2 lepas yg tlah aku lakukan bak kate orang munasabah diri sendiri.

TIme table exam
Sekarang ni merupakan hari2 tekanan yang bakal diterima oleh setiap student uitm, dimana semua student kenalah berusaha bersungguh2 tuk mendapatkan pointer terbaik untuk semesta ni x terkecuali diri aku. Memang pelik bila sampainya musim final exam di uitm. Dimana aku dapatlah tgk muke2 orang2 yang tertekan termasuklah aku.hahaha. Nk cakap lebih pun xboleh coz aku pun lebih kurang same jer macam dorang. Masa macam ni dapatlah jugak tgk renion pelajar2, coz mengikut firasat akulah masa nilah yang dinantikan oleh pelajar tok stdy group. Malam ni aku bru jer stdy group dengan kawan2 aku. Bolehlah dikatekan best la jgk stdy group ni. Coz kat cni byk sikit subjek2 yang aku xtaw aku dapat belajar.
nie slip peperiksaan aku

Tp pada musim final mcm ni pun still lagi ada perkara2 yg jahat dilakukan oleh certain student kat cni, perkara ni aku paling benci skali. Perkara tu adalah MENCURI. Kejadian ni baru jer terjadi selepas aku balik dari solat jumaat. Mula2 aku ingatkan just gurauan semata2,tp serius rupanya. Hurm laptop plak tu yang hilang walaupun dalam keadaan berkunci.Itu baru laptop yang berkunci hilang x kira lagi laptop yang x berkunci hilang.hahaha.Mmg power tol la otak pencuri2 nie,kan bgus gunakan otak yg geliga tu tok kebaikan. Nk dipendekan cerita bdk2 wings aku  terpaksa merayau satu kolej sempana riau ni tok cari laptop yang hilang tu tp usaha itu cuma sia2 je. Sume dah terlambat maybe kecurian tu dh berlaku semasa kitorng gi solat jumaat. Tp klau ikut pemikiran aku sume ni xboleh terjadi kalau ada orang dalam wing yang x terlibat sama dalam kecurian ni. 
Aku mintak mudah mudahan tuhan bukakan lah hati pencuri2 tu tuk bertaubat. Aku pun naik hairan pikir pasal bende ni coz kalau kecurian berlaku mesti berlaku time final exam. Hurm same2lah kita berdoa semoga diri kita dijauhi dari sebarang musibah ketika nk amek final exam ni.Amin.